Organisasi dan unit Rejimen Renjer Diraja

Kapten Norul Hisyam dari 8 Renjer memberikan cenderahati berupa bubu buatan tangan kepada Lt. Col. T. Armstrong dari Landing Force US Marine, semasa eksesais Cooperation Afloat Readiness And Training

Rejimen Renjer DiRaja kini mempunyai 10 buah batalion. Batalion Rejimen Renjer DiRaja tidak dikumpulkan di dalam sesuatu briged secara bersama-sama tetapi sebaliknya diagih-agihkan kepada briged-briged tempur dalam Tentera Darat Malaysia. Batalion Rejimen Renjer DiRaja disusun kelengkapan dan diberikan peranan seperti mana batalion Rejimen Askar Melayu DiRaja. Kebanyakan batalion disusun menjadi batalion infantri standard.

Namun demikian, Batalion Kelapan (8 Renjer) Rejimen Renjer DiRaja mencatat sejarah pada 1 Julai 1990 apabila menjadi battalion infantri standard yang pertama ditukarkan menjadi Batalion Infantri Para. Kesemua anggota 8 Renjer telah melalui dan telah lulus kursus payung terjun, yang membolehkan keseluruhan batalion tersebut bersama pasukan bantuan tempurnya dimasukkan ke dalam kawasan operasi dengan cara mendarat menggunakan payung terjun.

Batalion Ketujuh Rejimen Renjer DiRaja (7 Renjer) pula telah disusun semula menjadi satu batalion infantry mekanis, dan sebagai pasukan infantri yang bergerak ke medan pertempuran menggunakan kenderaan berperisai ACV ataupun IFV.